I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 23, 2011

Kelebihan PBC HPA

Kelebihan Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC):

1. Hadiah pangkat pertama oleh pihak syarikat HPA: PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Khusus untuk mereka yang mencari-cari suatu perniagaan yang mudah, selamat, berasaskan Syariah dan menguntungkan.
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan RM 10,000 ke atas.
4. Berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan mengesankan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaantermasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Program Usahawan yang dapat membantu siswazah untuk terlibat dalam bidang perniagaan.

Khasiat Omega 3

OMEGA 3 merupakan sejenis asid lemak tidak tepu yang terdiri daripada gabungan DHA, EPA dan Asid Lenolenik. DHA – Docosahexaenoic Acid dan EPA- Eicosapentaenoic Acid terdapat dalam banyak sumber ikan seperti tuna, tenggiri biru, sardin, belut, cencaru, salmon dan trout. Asid Lenolenik juga terdapat dalam minyak sayuran seperti kacang soya dan bunga matahari. DHA berfungsi menguatkan ingatan dan meningkatkan keupayaan belajar seseorang . EPA menolong mencegah kanser, trombosis (pembekuan darah), menurunkan tekanan darah, mengurangkan plasma lipid dan mengelakkan penyakit jantung.
Dr Carl Lavie,ahli kardiologi New Orleans menyarankan supaya orang sihat perlu mengambil sekurang-kurangnya 500mg EPA dan DHA setiap hari untuk memastikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh mencukupi. Bagi pengidap penyakit kardiovaskular, Dr Carl mengesyorkan untuk mengambil 800mg setiap hari bagi memenuhi keperluan nutrien tubuh.

Kulit kering dan melecet juga mungkin disebabkan oleh kekurangan omega 3 dalam badan bukan sepenuhnya disebabkan oleh cuaca. Minyak essensial yang terdapat dalam omega 3 juga boleh menjamin rambut yang cantik kerana ia membekalkan nutrien yang optimum kepada rambut. Ia juga menurunkan kadar tekanan darah.

BAGAIMANA DHA BERFUNGSI DI DALAM OTAK
Kebanyakan DHA yang diambil tidak disalurkan terus ke perut dan usus sebaliknya diserap terus ke dalam darah dan dihubungkan ke organ-organ seperti hati, otak dan jantung.
Sebahagian daripada EPA juga boleh ditukarkan kepada DHA dan diambil oleh otak secara pilihan. DHA dihubungkan dengan cepat oleh organ-organ yang terlibat dalam pemindahan maklumat kepada sel-sel saraf dalam otak. Bilangan sel saraf tidak akan bertambah selepas kelahiran sebaliknya akan mengalami kekurangan dengan peningkatan umur seseorang. Namun sel-sel saraf dapat memindahkan maklumat atau memori kepada sel saraf yang lain melalui bahantara (dendrit) yang mempunyai keupayaan menerima dan menyampaikan maklumat kepada sel saraf yang lain. Pertumbuhan dendrit dapat dicetuskan melalui pelbagai rangsangan dan DHA ialah komponen yang diperlukan.

BAGAIMANA EPA BERFUNGSI DI DALAM TUBUH
Omega 3 juga dapat mengawal penyakit jantung koronari dan beberapa penyakit lain seperti trombosis ialah salah satu punca penyakit jantung koronari.Kajian terhadap orang Eskimo di Greenland mendapati mereka kurang risiko untuk mendapat penyakit jantung kerana diet yang kaya dengan Omega 3. Unsur utama dalam darah orang Eskimo ialah EPA yang akan mencegah pembekuan darah. Pengambilan makanan yang kaya omega 3 akan menolong menurunkan LDL (Low Density Lipoprotin) ialitu kolesterol buruk dan meningkatkan HDL (High Density Lipoprotin) iaitu kolesterol baik. LDL menjadi punca penyakit jantung dan darah tinggi dan HDL menolong mencegah penyakit berkenaan.

FAKTA EPA DALAM OMEGA 3
Ujian menunjukkan pengambilan minyak ikan 20 ml sehari untuk 7 tahun dan 10 ml untuk tahun berikutnya menyebabkan aras HDL meningkat dan LDL menurun dengan tetap.Ini menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi . Omega 3 juga menghalang berlakunya ‘arterosklerosis’ iaitu pembentukan lemak dalam pembuluh darah. Omega 3 juga berkesan untuk penyakit radang seperti radang sendi dan asma.
Kajian juga mendapati ia baik untuk mencerah penglihatan, mengawal migrain, meningkatkan kesuburan lelaki dan mencegah barah.

BOLEHKAH OMEGA-3 MEMBANTU PENGLIHATAN
Retina memerlukan DHA yang banyak, oleh itu kekurangannya bolehmenjejaskan penglihatan. lanya boleh dilihat di dalam kes disleksia -masalah pembelajaran kerana disebabkan ketidakbolehan mengenal ayat-ayat bertulis. kadangkala terdapat pertukaran visual di antara ayat-ayat dan huruf-huruf oleh pesakit. laporan oleh pengkaji british mengemukakan bahawa pesakit yg menerima 480 mg DHA menunjukkan pembaikan dalam masa sebulan (the lancet; stordy et. al, 5th aug 1995). DHA juga membantu di dalam penyakit 'retinitis pigmentosa' - penyakit keturunan pada retina. ini menyebabkan masalah penglihatan seperti buta pada malam hari, penyempitan skop penglihatan dan kehilangan penglihatan.
Di dalam sinergi herba dalam Perubatan Jawi,omega 3 softgel sangat digalakkan untuk diambil bersama herba lain untuk mengoptimumkan potensi herba yang diambil. Sebagai Herbalis rekomandasi herba ini sebagai sinergi semasa perawatan perlu dilihat sebagai penting. Produk keluaran syarikat yang bersumberkan ikan antaranya ialah king solomon,mega 3 kapsul selain daripada Omega 3 softgel sendiri.




















Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)
anjuran
Kelab Jati Pemimpin HPA Pahang (KJPP)
09-10 Apr 2011



Akademi Latihan Felda Bukit Goh (ALAF),Ktn
RM150 seorang
(Penginapan,Makan,Minum & Peralatan Kursus)
Terbuka kepada ahli HPA yang berpangkat PB
Daftar segera!!

Sila hubungi:

PJM Jaffar Abd Ghani 019-9102655
Herbalis PJ Wan Harman 019-9803606
PJ Ust Azhar Jaafar 012-3560547
Kini syarat maintain PBC minima 150 NM!!
Daftar segera!!

Monday, December 20, 2010

KONVEK NASIONAL HPA

KONVEK NASIONAL HPA 2010

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

(PICC)

5 FEB 2011 (SABTU)

8.00 AM – 4.00 PM ,TIKET RM 50(18 TAHUN KE ATAS)

KJPP ADA MENYEDIAKAN BAS KEPADA AHLI UNTUK MENGIKUTI ROMBONGAN KE KONVEK.BAYARAN YANG DIKENAKAN RM 50 SEORANG.PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG ATAS DASAR SIAPA CEPAT.TARIKH TUTUP PADA 20/1/11.KEPADA AHLI HPA YANG BERMINAT,SILA HUBUNGI;

PJ WAN HARMAN : 019-9803606

Friday, November 26, 2010

Jihad ekonomi satu tuntutan

SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan. Kedaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya berpunca daripada kegagalan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk akhirat dan melaksanakan ibadat. Contohnya, untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan secukupnya.

Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri supaya dapat mengelak dimanipulasi atau ditindas oleh orang lain.

Penguasaan ekonomi membolehkan umat Islam menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut agama.

Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam, pada masa sama memudahkan umat Islam dieksploitasi oleh orang lain.

Demam Denggi

Mengenal pasti demam denggi Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes. Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Tanda-tanda

1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan

2. Bintik merah pada kulit

3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala

4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut

5. Hilang selera makan

6. Muntah-muntah

7. Sakit perut

Bagaimana demam denggi berjangkit

1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi

2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes

3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.

4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Tabiat nyamuk aedes

1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada kakinya

2. Aedes biasanya menggigit pada waktu siang

3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung

4. Aedes juga membiak di dalam dan luar rumah seperti di pasu bunga, tempayan, kolam mandi, tayar buruk, perangkap semut, saluran bumbung dan dan bekas simpanan air.

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru

2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk

3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur

4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam

5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir

6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk

7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.

8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

Tempat nyamuk aedes membiak:

Dalam Rumah

1. Perangkap semut

2. Pasu Bunga

3. Timba

4. Tempayan

5. Kolam (kolah) mandi

Luar Rumah

1. Tayar buruk

2. Tempurung kelapa

3. Botol atau gelas pecah yang mengandungi air

4. Salur air hujan

5. Tempayan

6. Pokok Pisang

7. Pokok Keladi

8. Longkang yang tersekat

Pengubatan demam denggi secara tradisional dan alternatif.

Tuan puan adalah dinasihatkan supaya mendapat rawatan segera di hospital jika disyaki mengidap demam denggi ini. Rawatan dibawah ini adalah sebagai rawatan susulan dan sampingan kepada ubat doktor.

Kaedah pertama: Ambil beberapa 2 helai daun betik dikisar dengan segelas air. Minum pagi dan petang.

Kaedah Kedua: Minum satu sudu besar minyak kelapa dara. Pagi dan malam.

Kaedah ketiga: Minum air isotonik seperti Radix Isotonik plus ketika menghidapai demam ini.

Amalkan Herba IMT,Teh Herba,Minuman IMT,Malac,Bancuhan Madu..

Thursday, November 25, 2010

Kandungan berbahaya dalam 'ROKOK'

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantungdan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Di sekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran daraharteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

  • Melahirkan bayi yang kurang berat badan
  • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  • Lebih terdedah kepada kanser
  • Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

  • Lebih mudah mendapat lelah
  • Mendapat jangkitan paru-paru
  • Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  • Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok

  • Dapat menghindari racun
  • Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
  • Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
  • Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
  • Meningkatkan deria rasa dan bau
  • Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
  • Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan terapi atau rawatan yang sesuai
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Petua 10 M Untuk Berhenti Merokok

  • Melengah-lengah tabiat menghisap
  • Minum banyak air
  • Menarik nafas panjang
  • Membuat sesuatu
  • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  • Mengunyah sesuatu
  • Membasuh tangan
  • Mandi dengan kerap
  • Melakukan senaman regangan
  • Memohon doa