I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, September 7, 2009

SALAM MUTIARA

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya.Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menjengah ke blog saya yang mana insyaallah saya akan cuba berkongsi bersama ilmu-ilmu dan apa jua informasi khususnya berkaitan HPA dan KJPP HPA Pahang.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran saya kepada ALLAH swt kerana telah menemukan saya dengan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan MLM apatah lagi bertaraf MLM Syariah.Saya merupakan seorang yang pasif terhadap dunia MLM pada hakikatnya namun apabila saya dikerah untuk menghadiri sebuah program anjuran HPA iaitu PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG(PBC) yang diadakan di Hotel Grand Continental Kuantan pada Mac 2007 oleh isteri saya sendiri,saya dapat merasakan satu sinar baru yang boleh merubah keadaan khususnya "DUIT".Cerita bab duit ni,boleh dikatakan semua orang merungut pasal duit tak pernah cukup..memang diakui PBC adalah satu kaedah pelan pemasaran terbaik bagi kita yang menjadi ahli HPA untuk menjana pendapatan 5 angka..namun pasif tetap pasif.Saya bersemangat,tapi semanagat aje tak guna kalau tak dikerahkan tenaga.Saya pada awalnya bergerak bersama isteri memperkenalkan HPA ke merata tempat dengan bantuan upline yang begitu bertanggungjawab iaitu PJS Pn Norjeriah.Ke hulu ke hilir membuat demo dan perawatan yang dikendalikan oleh upline saya tadi.Rupa-rupanya 'hangat-hangat tahi ayam' jer..saya je lah begitu,yang lainnya tak.Isteri saya pun dah berstatus stokis.Tambah pula saya masih berkerja jadi banyak mende lain yang nak dibuat.Hinggalah ke satu ketika saya akhirnya mengakhiri kerjaya saya yang sudah saya lalui selama 12 tahun itu..
Setelah berhenti kerja,adalah juga kerja lain yang saya buat tapi tak kena dengan jiwa saya..April 2008 satu keputusan nekad telah dibuat untuk saya mengikuti latihan sijil herbalis HPA yang diadakan di Batam,Indonesia dan Perlis selama sebulan pada Mei 2008.Di situ jugalah satu perubahan besar yang saya lakukan demi untuk meragut peluang yang disediakan oleh HPA..pertamanya saya bakal menerima cabaran baru sebagai seorang perawat perubatan jawi HPA,keduanya saya berjaya setakat ini (insyaallah) membuang tabiat tak baik iaitu merokok yang sejak sekian lamanya saya menghambakan diri membuang duit..alhamdulillah.Berkat nekad dan bulatnya hati untuk berhenti tanpa didorong oleh sesiapa walaupun sebelum ni banyak alunan bebelan dari isteri pasal rokok..Nasihat saya kepada perokok,berhentilah merokok dengan penuh nekad dan ikhlas demi kebaikan bersama..
Alhamdulillah,bergerak dari situ saya mula mengorak langkah satu persatu walaupun mengetahui perjalanan masih jauh untuk mencapai kejayaan dalam HPA.Saya mula menyertai Kelab Jati Pemimpin HPA Pahang di bawah pimpinan PJS PJM En Jaffar Abd Ghani.Berkat bimbingan dan dorongan dari beliau serta sokongan kuat dari upline saya iaitu PJS PN Norjeriah dan isteri saya,alhamdulillah saya berjaya mencapai tahap Pengarah Jati melalui Program PBC dan seterusnya bergerak aktif bersama KJPP menganjurkan Program PBC hingga kini.
Sebenarnya perjalanan saya masih jauh.Banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari,rintangan yang perlu saya lalui,cabaran yang perlu saya hadapi dan apa jua yang menanti sepanjang perjalanan saya nanti.Sesungguhnya apa jua yang anda lakukan haruslah disertakan dengan niat,istiqamah,usaha,minat dan doa..insyaallah!!

Wednesday, September 2, 2009

CHIROPRACTIC

Pengertian


Terapi chiropractic berasal dari bahasa Yunani "CHEIR" dan "PRAKTIKOS" yang ertinya dilakukan dengan tangan seperti yang dipraktikkan sekarang dan dirumuskan pada akhir abad 19 oleh Daniel David Palmer(seorang doktor dari Kanada)


Cara kerja chiropractic

Otak manusia mengirim energi/tenaga ke seluruh tubuh melalui sistem saraf pada sepanjang tulang belakang dan apabila terjadi dislokasi vetebra pada tulang belakang boleh membentuk blokade secara fizik yang menganggu transmisi ransangan saraf.Intervensi pada saraf yang disebabkan oleh dislokasi pada tulang belakang ini disebut subluksasi(subluxation).Jika subluksasi ini disingkirkan,keseimbangan tulamg belakang akan diperbaiki dan kerja saraf akan kembali normal.


Berdasarkan pengamatan mengenai struktur tulang belakang dan sistem saraf,tulang belakang terdiri daripada 24 tulang yang disebut vertebra yang membungkus dan melindungi korda spinalis/spinal cord.Melalui celah-celah antara vertebra,keluar pasangan saraf yang mencapai ke seluruh tubuh termasuk otot,tulang,organ tubuh dan kelenjar.


Sistem saraf terdiri dari 3 sistem

i. Sistem saraf sentral/pusat yang terdiri atas otak dan sumsum belakang atau spinal cord.

ii. Sistem saraf otonomik yang mengawal fungsi tubuh yang berfungsi secara automatik seperti jantung,pencernaan dan enzim.

iii.Sistem saraf periferal yang menghubungkan sistem saraf pusat ke seluruh jaringan tubuh dan otot.
Jika terjadi dislokasi pada sebuah vertebra,saraf setempat akan mendapat tekanan.Akibatnya saraf tersebut tidak boleh berfungsi normal dan boleh menyebabkan kurang berfungsi,ketidakseimbangan atau tidak selesa dan akhirnya penyakit pun timbul.Oleh itu setiap kecederaan atau kerosakan,penyakit atau perubahan struktur pada tulang belakang boleh mempengaruhi kesihatan tubuh.

Dengan itu jelaslah di sini bahawa kepentingan untuk mendapatkan rawatan membetulkan tulang belakang ini kerana ianya membabitkan kelancaran saraf yang berhubung terus dengan otak seperti yang dinyatakan di atas.