I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 21, 2009

SEBAB TERJADINYA PENYAKIT

Faktor alami seperti perubahan iklim,waktu dan lokasi geografi mempengaruhi aktiviti biologis manusia,perubahan tubuh dan juga diagnosis dan perawatan penyakit sampai tingkat tertentu.Oleh kerana itu,alam dianggap sebahagian dari manusia.Mereka saling berkait hingga sistem pengubatan holistik natural memahami bahawa terjadinya penyakit adalah akibat dari campur tangan manusia di alam ini yang bertentangan dengan keharmonian yang ada.Harmoni ertinya keseimbangan mengikut ilmu (ketentuan) Allah swt.Dan apabila terjadi perubahan,maka akan menjadikan semuanya turut berubah.
Penyakit bukan bersumber dari kuman,virus atau patogen lain tetapi berpunca dari kelemahan sistem imun (kekuatan fitrah).Apabila sistem ini lemah atau terganggu,maka mulailah kuman(bakteri),patogen atau virus menyerang tubuh.
Dalam pandangan Perubatan Jawi,sumber penyakit disebabkan oleh 4 hal iaitu:
  1. Toksid(racun) yang tertimbun dalam tubuh
Apabila tubuh tidak mendapat kandungan nutrien yang cukup dan pada masa yang sama terjadi pengambilan bahan-bahan kimia yang berlebihan seperti pewarna,pengawet dan bahan lain yang tidak diperlukan oleh tubuh.Jika tidak disingkirkan oleh tubuh maka seterusnya akan terkumpul dan merosak sel-sel tubuh.Hal ini mengakibatkan lemahnya sistem imun (kekuatan fitrah) sehingga tubuh tidak dapat bertahan apabila mendapat serangan dari kuman penyakit (patogen dan virus)

2. Ketidakseimbangan suhu

Menurunnya suhu badan atau bertambahnya suhu badan disebabkan sistem pengeluaran urin yang bermasalah.Lebih memfokuskan proses 'cleansing' di ginjal.

3. Ketidakseimbangan angin

Masalah autointoksikasi di dalam usus besar dan musnahnya bakteri baik serta kurangnya enzim pengurai dalam tubuh.

4. Ketidakseimbangan fikiran

Hal ini dapat menyebabkan tubuh mengeluarkan hormon steroid yang melemahkan sistem imun tubuh.

Sumber penyakit tersebut boleh diselesaikan dengan pengambilan herba yang tepat iaitu:

Sumber toksid diselesaikan dengan herba yang boleh melakukan proses detoksifikasi.Herba yang dikenali program D'Tork

Sumber suhu diselesaikan dengan herba yang boleh melakukan proses 'Heat Cleansing' iaitu herba bersifat dueretik..Dikenali program D'Heat.

Sumber angin diselesaikan dengan herba yang bersifat karminatif.Dikenali sebagai program D'Karm.

Jika fikiran mulai terganggu maka perwatan yang digunakan adalah melalui pengubatan yang menyeluruh (total healing) atau pendekatan kerohanian untuk mengembalikan tenaga dalam (virtal force) (kekuatan fitrah) dan diiringi dengan mengkonsumsikan herba-herba pilihan yang banyak mengandungi mineral dan vitamin c mega dosis.

Thursday, November 12, 2009

Babi dan hasil darinya..

Gambar di atas menunjukkan keterangan tentang produk / barangan yang terhasil dari seekor babi yang mana produk / barangan tersebut memang banyak terdapat di pasaran atau di sekeliling kita..
Marilah kita sama-sama amati gambar ini agar menjadi renungan kita bersama..Marilah bersama HPA agar kita dapat bersama-sama menghindari dari terjebak kepada produk / barangan yang terhasil dari seekor binatang bernama babi ini..

Friday, November 6, 2009

PERUBATAN JAWI

Apa itu Perubatan JAWI


Perubatan JAWI telah diperkenalkan oleh Tn. Haji Ismail bin Ahmad yang merupakan satu sistem perubatan yang menyeluruh bersumberkan 'alamiah' dan 'ilahiah'.Perubatan ini berlandaskan keyakinan yang kuat bahawa hakikat kesembuhan sebenarnya datang dari Allah swt yang bersifat Asy-Syafi' (Maha Pemberi Kesembuhan) serta ketepatan(kemujaraban) oenawar/ubat menjadi pegangan.

Pengertian JAWI


  • J- Jejawi iaitu sebuah desa di Perlis tempat asal Perubatan Jawi

  • A- Alamiah iaitu perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami sebagai sumber pengubatan

  • W - Wathan iaitu menekankan penggunaan bahan-bahan alami yang berasal dari dalam negeri dimana penyakit itu terjangkit

  • I - Ilahiah iaitu meletakkan unsur-unsur ketuhanan sebagai sumber pengubatan(Al quran & sunnah)

"Gunakanlah dua penyembuh:madu dan al quran."(H.R Ibnu Majah dan Al Hakiem)


Madu itu dilihat sebagai sumber alami dan al Quran itu sumber ilahiah.


Dengan demikian konsep Perubatan Jawi ini sesuai dengan prinsip-prinsip pengubatan dalam Islam:



  1. Prinsip keyakinan bahawa kesembuhan dari Allah swt,maka dalam merawat pesakit hendaklah dengan ikhlas/ihsan sesuai dengan syariat Islam(Al quran dan As sunnah)

  2. Menggunakan ubat halal dan thoyyib(baik).Tidak sesekali guna ubatan haram atau tercampur bahan haram

  3. Prinsip pengubatan yang tidak memudaratkan,tidak mencacatkan tubuh kecuali keadaan darurat yang mana tiada pengubatan lain ketika itu

  4. Prinsip pengubatan tidak berbaur takhyul,khurafat dan bid'ah

  5. Prinsip mencari yang lebih baik berdasarkan kaedah Islam dan ilmu-ilmu perubatan

  6. Mengambil sebab melalui ikhtiar(usaha) serta tawakkal(berserah diri),juga berikhtiar mencari yang terbaik

Dalam Herba Penawar Al Wahida (HPA) melalui penekanan kaedah pengubatan sedemikian maka pelbagai kaedah rawatan disediakan antaranya:



  1. Rawatan bekam (Al Hijamah) yang merupakan kaedah perawatan sunnah

  2. Kiropraktik (rawatan membela tulang belakang) kerana setiap kecederaan / kerusakan,penyakit atau perubahan struktur pada tulang belakang boleh mempengaruhi kesihatan tubuh

  3. Refleksologi

  4. Akupuntur

  5. Diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan,nadi,lidah dan mata(iridologi)

Temuilah dan alamilah kehebatan kaedah pengubatan yang disediakan oleh HPA


Tuesday, November 3, 2009

Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil) merupakan sejenis lemak yang bukan berasal dari lemak haiwan,yang mengandungi 80% lebih kandungan lemak tepu yang diekstrak daripada buah kelapa.Ia digunakan dalam masakan,pembuatan kek dan kosmetik.

CIRI-CIRI VCO

Minyak kelapa dara adalah sejenis trigliserida yang mengandungi 86.5% asid lemak tepu,5.8% monounsaturated fatty acids dan 1.8% polyunsaturated fatty acids.Dari sudut asid lemak tepunya,kandungan utama minyak kelapa adalah 44.6% lauric acid,16.8% myristic acid dan 8.2% palmitic acid walaupun ia juga mengandungi 7 asid lemak tepu berbeza secara keseluruhannya.

Kandungan monounsaturated fatty acid hanyalah oleic acid manakal polyunsaturated fatty acid hanyalah linoleic acid.VCO merupakan di antara minyak sayuran/tumbuhan yang paling stabil serta lambat dioksidakan dan tahan daripada menjadi busuk(rancid).

Minyak kelapa bersifat cecair apabila berada pada suhu 76F dan ke atas,manakala menjadi lemak atau pejal apabila berada di bawah suhu sedemikian.Ia telah digunakan sejak sekian lama sebagai minyak masakan.Kuasa-kuasa besar kapitalis kuffar barat memulakan kempen memburukkan minyak kelapa atas alasan kesihatan bagi melariskan jualan minyak polyunsaturated fats(poli tak tepu) seperti minyak soya dan jagung.Hakikatnya,penduduk yang mengambil lemak tepu lebih sihat seperti penduduk kawasan tropika seperti mana kajian yang telah dijalankan.


KELEBIHAN PENGGUNAAN MINYAK KELAPA DARA (VCO) SEBAGAI SUMBER ASID LEMAK DAN NUTRASEUTIKAL
  1. Kestabilan minyak kelapa dara

  2. Meransang fungsi kelenjar tiroid

  3. Anti penuaan

  4. Meransang penurunan berat badan

  5. Anti kanser

  6. Anti mikrob(antiseptik)

  7. Baik untuk penjagaan kulit

Insyaallah dengan adanya VCO Softgel keluaran HPA dan kita mengamalkannya..mudah-mudahan Allah memberi keberkatan dan kesembuhan kepada pengamalnya.