I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, December 20, 2010

KONVEK NASIONAL HPA

KONVEK NASIONAL HPA 2010

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

(PICC)

5 FEB 2011 (SABTU)

8.00 AM – 4.00 PM ,TIKET RM 50(18 TAHUN KE ATAS)

KJPP ADA MENYEDIAKAN BAS KEPADA AHLI UNTUK MENGIKUTI ROMBONGAN KE KONVEK.BAYARAN YANG DIKENAKAN RM 50 SEORANG.PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG ATAS DASAR SIAPA CEPAT.TARIKH TUTUP PADA 20/1/11.KEPADA AHLI HPA YANG BERMINAT,SILA HUBUNGI;

PJ WAN HARMAN : 019-9803606

Friday, November 26, 2010

Jihad ekonomi satu tuntutan

SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: Pada akhir zaman kelak manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk meningkatkan taraf ekonomi tetapi mesti dalam batasan syariah yang dibenarkan. Kedaifan ekonomi umat Islam sebahagiannya berpunca daripada kegagalan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Harta bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk akhirat dan melaksanakan ibadat. Contohnya, untuk menunaikan ibadah haji umat Islam memerlukan wang yang banyak bagi menampung kos dan perbelanjaan secukupnya.

Adalah penting untuk umat Islam menguasai semua peringkat kegiatan ekonomi seperti menjadi pembekal, pengusaha dan pemasar dalam sesebuah industri supaya dapat mengelak dimanipulasi atau ditindas oleh orang lain.

Penguasaan ekonomi membolehkan umat Islam menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Hal ini juga termasuk dalam konteks jihad yang dituntut agama.

Sikap mengabaikan keperluan ekonomi di dunia akan melemahkan kedudukan serta martabat orang Islam, pada masa sama memudahkan umat Islam dieksploitasi oleh orang lain.

Demam Denggi

Mengenal pasti demam denggi Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes. Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Tanda-tanda

1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan

2. Bintik merah pada kulit

3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala

4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut

5. Hilang selera makan

6. Muntah-muntah

7. Sakit perut

Bagaimana demam denggi berjangkit

1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi

2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes

3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.

4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Tabiat nyamuk aedes

1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada kakinya

2. Aedes biasanya menggigit pada waktu siang

3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung

4. Aedes juga membiak di dalam dan luar rumah seperti di pasu bunga, tempayan, kolam mandi, tayar buruk, perangkap semut, saluran bumbung dan dan bekas simpanan air.

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru

2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk

3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur

4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam

5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir

6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk

7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.

8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

Tempat nyamuk aedes membiak:

Dalam Rumah

1. Perangkap semut

2. Pasu Bunga

3. Timba

4. Tempayan

5. Kolam (kolah) mandi

Luar Rumah

1. Tayar buruk

2. Tempurung kelapa

3. Botol atau gelas pecah yang mengandungi air

4. Salur air hujan

5. Tempayan

6. Pokok Pisang

7. Pokok Keladi

8. Longkang yang tersekat

Pengubatan demam denggi secara tradisional dan alternatif.

Tuan puan adalah dinasihatkan supaya mendapat rawatan segera di hospital jika disyaki mengidap demam denggi ini. Rawatan dibawah ini adalah sebagai rawatan susulan dan sampingan kepada ubat doktor.

Kaedah pertama: Ambil beberapa 2 helai daun betik dikisar dengan segelas air. Minum pagi dan petang.

Kaedah Kedua: Minum satu sudu besar minyak kelapa dara. Pagi dan malam.

Kaedah ketiga: Minum air isotonik seperti Radix Isotonik plus ketika menghidapai demam ini.

Amalkan Herba IMT,Teh Herba,Minuman IMT,Malac,Bancuhan Madu..

Thursday, November 25, 2010

Kandungan berbahaya dalam 'ROKOK'

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantungdan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Di sekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran daraharteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

  • Melahirkan bayi yang kurang berat badan
  • Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
  • Lebih terdedah kepada kanser
  • Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

  • Lebih mudah mendapat lelah
  • Mendapat jangkitan paru-paru
  • Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
  • Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok

  • Dapat menghindari racun
  • Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
  • Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
  • Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
  • Meningkatkan deria rasa dan bau
  • Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
  • Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan terapi atau rawatan yang sesuai
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Petua 10 M Untuk Berhenti Merokok

  • Melengah-lengah tabiat menghisap
  • Minum banyak air
  • Menarik nafas panjang
  • Membuat sesuatu
  • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  • Mengunyah sesuatu
  • Membasuh tangan
  • Mandi dengan kerap
  • Melakukan senaman regangan
  • Memohon doa

Sunday, November 7, 2010


Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini amat sesuai untuk wanita yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Sinergi terbaik :
1. Keputihan: Paramaria Plus + Keputihan + H.B
2. Kanser Rahim : Paramaria Plus + Shark Cartilage Plus
3. Bersalin: Paramaria Plus + Herba Tuju Angin
4. Senggugut: Paramaria Plus + Senggugut

Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga

Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners

Dos :

Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita antara 15 - 20 tahun 3 kapsul sehari. Wanita sesudah kahwin 8 kapsul sehari. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22


Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (8)

Thursday, March 11, 2010

Kopi Radix Tiruan

AWAS!!!
Berhati - hatilah dengan kehadiran kopi radix palsu di pasaran!!

PENGUBATAN DALAM HPA

HPA mengenengahkan sistem pengubatan berdasarkan Alamiah dan Ilahiah,berhati-hati dalam setiap gerak - geri yang boleh membawa kepada amalan syirik,menolak penggunaan barangan haram dalam pengubatan dan membanteras amalan - amalan yang boleh membawa kepada kepercayaan khurafat.Rujukan HPA ialah Al Quran dan As Sunnah.Setiap amalan yang tidak ada rujukan dan bercanggah dengan amalan generasi para sahabat Ra akan ditinggalkan.Ditegaskan di sini bahawa HPA menolak amalan-amalan pengubatan menggunakan khadam atau jin,penggunaan rajah (wafaq),bintang,meramal,berdukun dan menurun kerana bimbang berlakunya syirik.

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah,dan bertaqwalah kepada Allah.Seungguhnya Allah sangat keras hukumannya." (Surah Al - Hasyr : 7)

Peringatan di sini ialah jangan cepat takjub dengan kebolehan seseorang sehingga kita mendapati perjalanan hidupnya mengikuti petunjuk dari Al Quran dan As Sunnah.

Petikan Kata-kata Ulama dan Tulisan Ahli Perubatan Islam
"Kalau kamu melihat ada orang yang boleh berjalan di atas air atau terbang di udara tetpi meludah ke arah kiblat,ketahuilah itulah syaitan"

Pengajaran dari kata - kata ulama di atas adalah bukan kehebatan zahiriah yang perlu kita nilai dan terpengaruh,tetapi sejauh manakah hidupnya yang berlandaskan syariat yang perlu kita jadikan ukuran serta teladan.
PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)
DUTA VILLAGE BALOK,KUANTAN
27 - 28 MAC 2010
RM 150 SEORANG

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)
HPA CAWANGAN JERANTUT
03 - 04 APRIL 2010
RM 120 SEORANG

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!
HUBUNGI: PJM JAFFAR ABD GHANI 019 - 9102655
PJ WAN HARMAN WAN ALI 019 - 9803606
019 - 3638412

Friday, February 26, 2010

Darah tinggi dan terapi herba

Darah tinggi melibatkan tekanan darah yang dikenakan pada pembuluh arteri semasa darah mengalir ke seluruh tubuh.Apabila tekanan darah melebihi kadar optimun/normal boleh mengakibatka strok,sakit jantung,masalah di buah pinggang dan ada hubungkait dengan penyakit kencing manis.
Tanda-tanda awal dapat diketahui seperti berikut:
  1. Sakit bahagian kepala
  2. Mata merah dan berair
  3. Kesemutan di kaki dan tangan
  4. Terasa sakit dan tegang di bahagian tengkuk
Punca berlakunya darah tinggi masih dalam kajian tetapi kematian terus berlaku dan disini HPA menawarkan satu alternatif pengubatan herba selari dengan slogan dan anjakan dunia kini iaitu kembali kepada alamiah atau 'Back to Nature'.

Ubatan kimia
Pelbagai ubatan kimia yang telah berada di pasaran merupakan pilihan utama dalam Perawatan Alopati.Kesan sampingan daripada pengubatan alopati juga tidak boleh dielakkan akibat daripada penggunaan bahan kimia secara berterusan.

Salah satu jenis ubatan untuk darah tinggi ialah jenis 'Beta-blokers'.Ubat ini memberikan kesan sampingan seperti dizziness,penurunan rangsangan seks,sukar tidur atau terlalu mengantuk,keletihan/fatigue,kaki dan tangan sejuk,denyutan jantung menjadi telalu perlahan,edema,masalah pernafasan dan juga kemurungan.

Kembali kepada Alamiah
Negara memiliki kekayaan Hutan Hujan Tropika yang dipenuhi dengan tumbuhan ubatan.Ubatan herba telah diamalkan sepenuhnya sebelum kedatangan ubatan moden di pasaran.Keupayaan ubatan herba juga tidak boleh diperkecilkan apabila kajian-kajian di universiti tempatan membuktikan tanggapan pengamal herba masa dahulu memeng benar berlaku seperti kajian ke atas Tongkat Ali dan Pegaga.
Adalah tidak logik di negara kita yang kaya dengan hutan ini hanya mempunyai 2 jenis herba sahaja boleh dijadikan ubatan yang berkesan.Menyedari tentang hal ini kita akan membongkar seribu khazanah rimba negara yang meyimpan pelbagai ubatan yang mujarab.

Setiap herba diuretik adalah Anti-Hipertensi
Herba-herba yang bersifat monocot iaitu urat daun yang selari,akar serabut dan mempunyai ruas pada batang mempunyai kesan diuretik iaitu memperbanyakkan pengeluaran air kencing (urin).Akar atau bulu jagung,daun pandan,air kelapa,akar buluh,lalang,barli dan air beras juga boleh digunakan bagi membantu penurunan darah tinggi.

Malac
Malac adalah produk yang terdiri daripada beberapa herba yang memberi kesan diuretik.Pengambilannya akan menyebabkan berlakunya pengeluaran urin yang banyak dan tekanan darah akan menurun.Tindakan herba ini sangat berkesan pada masalah penyempitan saluran darah terutama di buah pinggang yang merupakan salah satu penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi.

Vitex
Produk HPA yang menggunakan Pokok Patawali(Tinospora crispa) untuk tekanan darah tinggi.Ditinjau dari sudut farmakologi,Pokok Patawali yang terdapat dalam ramuan ini mengandungi satu bahan aktif yang dikenali sebagai 'Palmatin' yang bertindak sebagai penurun tekanan darah(hipoglisemik).Kajian juga mendapati bahawa 'Palmatin' tidak mendatangkan kesan sampingan seperti ubatan kimia untuk darah tinggi dan kencing manis.

Habbatus-sauda softgel
Habbatus-sauda HPA ini diformulasi daripada minyak habbatus-sauda.Minyak ini kaya denganasid lemak tak tepu(EFA).Produk ini juga membantu untuk tekanan darah tinggi.Ini dinyatakan juga oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis pengubatan.Kajian membuktikan minyak yang terhasil dari habbatus-sauda ini mengandungi nilai nutrisi yang tinggi terutama bagi meningkatkan sistem imuniti tubuh manusia.

Omega-3
Oleh kerana tekanan darah tinggi ada hubungan dengan masalah jantung dan ginjal,maka perawatan herba lebih melihat kepada perawatan menyeluruh.Jantung perlu dikuatkan dengan pengambilan Omega-3 softgel dan ginjal perlu dikuatkan dengan pengambilan herba Malac.Omega-3 mengandungi EPA yang baik untuk jantung dan menggalakkan berlakunya arterioskeloris

Minyak VCO(Minyak Kelapa Dara) dan Minyak Zaitun
Pengambilan Minyak VCO dan Minyak Zaitun sebanyak 3 sudu sehari juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi.Minyak masak yang digunakan setiap hari juga boleh menjadi penyebab berlakunya tekanan darah tinggi.VCO ialah minyak kelapa dara yang diproses tanpa menggunakan api.Sejenis minyak yang dapat menghilangkan plak dalam pembuluh darah sekaligus akan menurunkan darah tinggi.Ia sejenis minyak rantaian sederhana yang akan meningkatkan HDL dalam darah.

Minyak zaitun pula yang diproses secara tradisional tanpa penapisan 'refine' yang dikenali sebagai Extra Virgin Olive Oil yang telah lama digunakan dalam pengubatan Islam untuk menurunkan darah tinggi.Minyak Zaitun meruap pada suhu yang sangat tinggi iaitu 480 darjah celcius.Minyak biasa akan menjadi karsinogen iaitu beracun apabila dididih berulang kali apabila menggoreng.

Makanan yang diawet juga menjadi penyebab kepada berlakunya tekanan darah tinggi.Semakin banyak barangan yang diproses diambil pada setiap hari semakin mudahlah berlakunya tekanan darah tinggi.Makanan tersebut antaranya ikan masin,telur masin,kicap,makanan yang mengandungi MSG,Natrium benzoate,sos,baking soda dan lain-lain lagi.

Cuba kurangi pengambilan makanan yang mengandungi pengawet dan banyakkan makan makanan seperti bawang,sayuran dan buahan yang kaya dengan Kalium seperti tembikai,pisang,epal hijau dan kurma.Pengambilan pisang setiap hari akan mengurangkan risiko strok 40%.Kurma pula mengandungi 'Salisilat' yang akan mempengaruhi Prostaglandin yang baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Produk HPA yang mengandungi Vitamin C:
  1. Kapsul Morin-A
  2. Kapsul Radix
  3. Kapsul Roselle
  4. Kapsul Herba Tuju Angin
  5. Kapsul Paramaria Plus
  6. Kopi Radix
  7. Bijirin Radix
  8. Kordial Roselle
Darah tinggi dan Bekam(Al Hijamah)
Berbekam adalah kaedah yang paling berkesan dalam pengubatan darah tinggi.Darah yang kotor yang berada di bawah permukaan kulit disedut keluar pada bahagian tubuh tertentu.Terdapat hadis nabi yang menyuruh berbekam apabila darah berada dalam tekanan tinggi kerana boleh menyebabkan kematian.Bekam juga baik masalah kesihatan yang lain.

Syukur pada Allah SWT kerana memberi kita banyak pilihan pengubatan tanpa bergantung kepada pengubata kimia semata-mata yang diibaratkan seperti api apabila kecil menjad kawan apabila besar menjadi lawan..

Sesungguhnya kita berusaha,Allah SWT yang menentukan segalanya dan kepadaNya kita berserah..

Apakah dia tekanan darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana tekanan darah diukur?
  • Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120/80mmHg.Nombor atas(120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.Ia dipanggil tekanan sistolik.Nombor bawah(80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat diantara pengepaman.Ia dipanggil tekanan diastolik.Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk dan baring.
Tekanan darah berubah-ubah
  • Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa.Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda.Jika tekanan darah anda tinggi,pemeriksaan semula akan dibuat untuk memastikan tekanan darah anda yang sebenar.
Apakah tekanan darah tinggi?
  • Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama.Kadar tersebut melebihi kadar tekanan optima iaitu 130/80mmHg.
  • Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala.Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama anda merasa diri anda sihat.
Akibat tekanan darah tinggi
  • Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut:
Serangan jantung
Angin Ahmar
Kegagalan jantung
Kerosakan buah pinggang
Ada hubungan dengan penyakit kencing manis

Memastikan tekanan darah optima
  • Memeriksa tekanan darah secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda.
  • TIDAK MEROKOK - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salur nadi halus.Ini akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda.
  • Kurangkan pengambilan garam.Garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air disimpan mengakibatkan tekanan darah jadi tinggi.