I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 16, 2009

Bekam (Al-Hijamah)

Bekam adalah terjemahan dari الحِجَامَة (AL-HIJAMAH.)
Ia adalah kata ambilan daripada حَجَمَ yang bermaksud : BERUBAT DENGAN ALAT BEKAM
‘Haajimun’ dari kataحَاجِمٌ yang bermaksud PEMBEKAM


Definisi
  • Mengeluarkan racun / toksid dalam tubuh melalui permukaan kulit
  • Kulit merupakan organ tubuh terbesar dan di bawah kulit inilah banyak toksin terkumpul
  • Al Hijamah merupakan detoksifikasi (Buang Racun) yang tidak banyak menimbulkan kesan sampingan

Kelebihan Berbekam


ØSunnah perubatan Rasulullah SAW
Ø Sebaik-baik perawat ialah PEMBEKAM
Ø Penjagaan kesihatan Ilahiah
Ø Dakwah
Ø Menggalakkan manusia beramal dengan Sunnah Nabi
Ø Menjana ekonomi Ummah
Ø Menyembuhkan penyakit


AL-HIJAMAH
Darah dari kapilari
Mengeluarkan toksid dan kotoran sahaja
Tidak keluar sel darah putih
Keluarkan zat besi berlebihan (elak talasemia)

perbezaan dengan...


DERMA DARAH
Darah dari arteri
Semua kandungan bendalir keluar
Keluar sel darah putih bersama darah merah
Mengeluarkan mineral dan zat besi dari tubuh

Dalil Bekam
عن إبن مسعود أن النبي صلى الله عليه وسلم
قَالَ : مَا مَرَرْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِى بِمَلَإٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إِلّا قَالُوْا :
يَا مُحَمَّدُ مُرْ أُمَّتَكَ بِالْحِجَامَةِ
رواه الترمذى والبيهقى


Daripada Ibnu Mas'ud sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda " Sesungguhnya aku telah melalui beberapa kumpulan malaikat pada malam aku di Isra' oleh Allah Taala dan mereka telah berkata: ‘Wahai Muhammad suruhlah umat Mu berbekam


WAKTU, TARIKH & HARI PALING BAIK BERBEKAM


Setelah Gelincir Matahari :
Pukul 2 pm - 3pm

Ibnu Sina menyatakan:
‘Kerana waktu itu saluran darah mengembang

sehingga toksin mudah dikeluarkan.’


17. 19 dan 21 Hijriah.
“Itu adalah hari-hari yang menyembuhkan penyakit”
HR Abu Hurairah RA

Hari yang Afdal ialah Hari SELASA


Jenis-Jenis Bekam (Al Hijamah)


• Basah (Wet Cupping)
• Kering (Dry Cupping)
• Bekam Luncur
• Bekam Tarik

No comments:

Post a Comment