I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 26, 2010

Apakah dia tekanan darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Bagaimana tekanan darah diukur?
  • Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120/80mmHg.Nombor atas(120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.Ia dipanggil tekanan sistolik.Nombor bawah(80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat diantara pengepaman.Ia dipanggil tekanan diastolik.Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk dan baring.
Tekanan darah berubah-ubah
  • Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa.Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda.Jika tekanan darah anda tinggi,pemeriksaan semula akan dibuat untuk memastikan tekanan darah anda yang sebenar.
Apakah tekanan darah tinggi?
  • Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama.Kadar tersebut melebihi kadar tekanan optima iaitu 130/80mmHg.
  • Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang gejala.Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama anda merasa diri anda sihat.
Akibat tekanan darah tinggi
  • Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut:
Serangan jantung
Angin Ahmar
Kegagalan jantung
Kerosakan buah pinggang
Ada hubungan dengan penyakit kencing manis

Memastikan tekanan darah optima
  • Memeriksa tekanan darah secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda.
  • TIDAK MEROKOK - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salur nadi halus.Ini akan menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda.
  • Kurangkan pengambilan garam.Garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air disimpan mengakibatkan tekanan darah jadi tinggi.

No comments:

Post a Comment