I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 21, 2009

SEBAB TERJADINYA PENYAKIT

Faktor alami seperti perubahan iklim,waktu dan lokasi geografi mempengaruhi aktiviti biologis manusia,perubahan tubuh dan juga diagnosis dan perawatan penyakit sampai tingkat tertentu.Oleh kerana itu,alam dianggap sebahagian dari manusia.Mereka saling berkait hingga sistem pengubatan holistik natural memahami bahawa terjadinya penyakit adalah akibat dari campur tangan manusia di alam ini yang bertentangan dengan keharmonian yang ada.Harmoni ertinya keseimbangan mengikut ilmu (ketentuan) Allah swt.Dan apabila terjadi perubahan,maka akan menjadikan semuanya turut berubah.
Penyakit bukan bersumber dari kuman,virus atau patogen lain tetapi berpunca dari kelemahan sistem imun (kekuatan fitrah).Apabila sistem ini lemah atau terganggu,maka mulailah kuman(bakteri),patogen atau virus menyerang tubuh.
Dalam pandangan Perubatan Jawi,sumber penyakit disebabkan oleh 4 hal iaitu:
  1. Toksid(racun) yang tertimbun dalam tubuh
Apabila tubuh tidak mendapat kandungan nutrien yang cukup dan pada masa yang sama terjadi pengambilan bahan-bahan kimia yang berlebihan seperti pewarna,pengawet dan bahan lain yang tidak diperlukan oleh tubuh.Jika tidak disingkirkan oleh tubuh maka seterusnya akan terkumpul dan merosak sel-sel tubuh.Hal ini mengakibatkan lemahnya sistem imun (kekuatan fitrah) sehingga tubuh tidak dapat bertahan apabila mendapat serangan dari kuman penyakit (patogen dan virus)

2. Ketidakseimbangan suhu

Menurunnya suhu badan atau bertambahnya suhu badan disebabkan sistem pengeluaran urin yang bermasalah.Lebih memfokuskan proses 'cleansing' di ginjal.

3. Ketidakseimbangan angin

Masalah autointoksikasi di dalam usus besar dan musnahnya bakteri baik serta kurangnya enzim pengurai dalam tubuh.

4. Ketidakseimbangan fikiran

Hal ini dapat menyebabkan tubuh mengeluarkan hormon steroid yang melemahkan sistem imun tubuh.

Sumber penyakit tersebut boleh diselesaikan dengan pengambilan herba yang tepat iaitu:

Sumber toksid diselesaikan dengan herba yang boleh melakukan proses detoksifikasi.Herba yang dikenali program D'Tork

Sumber suhu diselesaikan dengan herba yang boleh melakukan proses 'Heat Cleansing' iaitu herba bersifat dueretik..Dikenali program D'Heat.

Sumber angin diselesaikan dengan herba yang bersifat karminatif.Dikenali sebagai program D'Karm.

Jika fikiran mulai terganggu maka perwatan yang digunakan adalah melalui pengubatan yang menyeluruh (total healing) atau pendekatan kerohanian untuk mengembalikan tenaga dalam (virtal force) (kekuatan fitrah) dan diiringi dengan mengkonsumsikan herba-herba pilihan yang banyak mengandungi mineral dan vitamin c mega dosis.

No comments:

Post a Comment