I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 6, 2009

PERUBATAN JAWI

Apa itu Perubatan JAWI


Perubatan JAWI telah diperkenalkan oleh Tn. Haji Ismail bin Ahmad yang merupakan satu sistem perubatan yang menyeluruh bersumberkan 'alamiah' dan 'ilahiah'.Perubatan ini berlandaskan keyakinan yang kuat bahawa hakikat kesembuhan sebenarnya datang dari Allah swt yang bersifat Asy-Syafi' (Maha Pemberi Kesembuhan) serta ketepatan(kemujaraban) oenawar/ubat menjadi pegangan.

Pengertian JAWI


  • J- Jejawi iaitu sebuah desa di Perlis tempat asal Perubatan Jawi

  • A- Alamiah iaitu perubatan ini menggunakan bahan-bahan alami sebagai sumber pengubatan

  • W - Wathan iaitu menekankan penggunaan bahan-bahan alami yang berasal dari dalam negeri dimana penyakit itu terjangkit

  • I - Ilahiah iaitu meletakkan unsur-unsur ketuhanan sebagai sumber pengubatan(Al quran & sunnah)

"Gunakanlah dua penyembuh:madu dan al quran."(H.R Ibnu Majah dan Al Hakiem)


Madu itu dilihat sebagai sumber alami dan al Quran itu sumber ilahiah.


Dengan demikian konsep Perubatan Jawi ini sesuai dengan prinsip-prinsip pengubatan dalam Islam:



  1. Prinsip keyakinan bahawa kesembuhan dari Allah swt,maka dalam merawat pesakit hendaklah dengan ikhlas/ihsan sesuai dengan syariat Islam(Al quran dan As sunnah)

  2. Menggunakan ubat halal dan thoyyib(baik).Tidak sesekali guna ubatan haram atau tercampur bahan haram

  3. Prinsip pengubatan yang tidak memudaratkan,tidak mencacatkan tubuh kecuali keadaan darurat yang mana tiada pengubatan lain ketika itu

  4. Prinsip pengubatan tidak berbaur takhyul,khurafat dan bid'ah

  5. Prinsip mencari yang lebih baik berdasarkan kaedah Islam dan ilmu-ilmu perubatan

  6. Mengambil sebab melalui ikhtiar(usaha) serta tawakkal(berserah diri),juga berikhtiar mencari yang terbaik

Dalam Herba Penawar Al Wahida (HPA) melalui penekanan kaedah pengubatan sedemikian maka pelbagai kaedah rawatan disediakan antaranya:



  1. Rawatan bekam (Al Hijamah) yang merupakan kaedah perawatan sunnah

  2. Kiropraktik (rawatan membela tulang belakang) kerana setiap kecederaan / kerusakan,penyakit atau perubahan struktur pada tulang belakang boleh mempengaruhi kesihatan tubuh

  3. Refleksologi

  4. Akupuntur

  5. Diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan,nadi,lidah dan mata(iridologi)

Temuilah dan alamilah kehebatan kaedah pengubatan yang disediakan oleh HPA


No comments:

Post a Comment